Western Murah Taiping : Pendek Burger Corners

Assalamualaikum... Dah lama takde entry makanan western kan? Maklum la makanan western ni biasanya mahal-mahal. Tapi ada satu port ni menu western dia boleh tahan murah jugak. Ha macam best je kan? Yelah sekarang ni kita memang nak cari makanan yang murah tapi sedap. Kalau mahal & sedap tu normal. Kalau mahal tapi tak sedap tu yang paranormal tu...hahaha. So, ke mana kita? Bahagian depan ada stall tempat masak burger Ok tempat ni terletak kat Taiping iaitu di Taman Sungai Emas, Taiping. Nama kedai dia Pendek Burger Corners. Bole waze tempat ni kalau nak senang. Dia terletak dalam taman perumahan dan memang meniaga depan rumah pun. Owner renovate sikit bahagian depan rumah then jadikan tempat makan. Kat sini menu yang ada ialah burger, western dan goreng-goreng. banyak jugak menu dia kan? klik gambar untuk view lebih besar So apa yang bestnya kedai ni? Bagi aku sebab harganya murah dan portion dia pun takdelah sikit sangat. Berbaloi dengan harga. Kali ni ak...