Assalamualaikum...
Korang pernah dengar tak nama bukit ni? Macam jarang dengar kan tapi sebenarnya bukit ni antara tempat hiking yang popular jugak. Bukit Bangkong ni terletak kat Kampung Tanah Hitam, Chemor. Kalau dari bandar Ipoh ikut jalan ke Tanjung Rambutan-Sungai Siput nanti lalu la tempat ni.
|
Kaki Bukit Bangkong ni ada Mutiara Naga...hahaha |
So, best ke hiking bukit ni? Bagi aku biasa je sebab dia tak tinggi sangat. Tak sampai 300 meter dari aras laut pun. Dalam 40 minit dah boleh sampai puncak dia. Tapi yang bestnya kat sini senang nak parking, pastu ada tandas dan ada banyak jugak pondok untuk berehat. Track dia tak hardcore sangat, ada jalan bertar, bersimen, off road dan bertangga. Untuk sampai puncak ada 3 jalan, so pilih la nak ikut yang mana.
|
Starting jalan berturap tar |
|
Lepas tu jalan berbatu pulak |
Aku start hiking pukul 8.30 pagi. Cuaca pulak mendung je so sejuk la sikit. Permulaan track jalannya berturap, tapi sikit je la. Lepas tu ada yang bersimen dan bertangga. Bila dah sampai separuh jalan, track dia akan pecah jadi 3. Satu track kena mendaki menaiki tangga, satu track bersimen dan satu lagi offroad. Yang offroad ni ada signboard Korbu View. Maknanya nanti akan nampak puncak Gunung Korbu. Jalan ni agak panjang berbanding 2 track tadi. Yang naik tangga tu la short cut paling cepat nak sampai puncak, tapi penat sikit la sebab naik tangga. So aku memilih untuk ikut jalan Korbu View tu.
|
Track off road |
|
Ikut kiri untuk jalan Korbu View |
|
Aku pun tak tau mana satu Gunung Korbu tu...hahaha |
|
Track ni sunyi sikit kalau weekdays... |
Pukul 9.10 pagi aku dah sampai puncak. Sebab aku pergi ni weekdays, so tak ramai orang sangat. Kat atas ni view dia boleh tahan boleh nampak kawasan perumahan sekitar sini dan banjaran Titiwangsa tu. Kalau nak berehat pun ada pondok untuk berehat dan beberapa tempat duduk disediakan. Disebabkan aku pergi ni mendung, ada la kabus sikit-sikit walaupun tak sejuk.
|
Ada tempat berehat kat puncak ni |
|
Pemandangan kawasan perumahan sekitar |
|
Berkabus la jugak tapi tak sejuk sangat pun...
|
Dah puas tangkap gambar, aku pun turun tapi ikut track bersimen tu. Track ni agak curam dan menegak. Then boleh jumpa track tangga tu so aku pun ikut situ sebab cepat sikit. Turun tangga tak la penat sangat kan...hehe..Dalam 20 minit dah sampai bawah dah. Turun memang cepat dari mendaki naik.
Overall, bukit ni tak susah mana pun nak naik. Bagi aku sesuai la untuk beginner yang baru nak mula hiking atau nak practice stamina dulu sebelum hiking kat tempat yang lebih tinggi. Ataupun kalau dah boring jogging so nak keluar peluh banyak boleh juga try hiking Bukit Bangkong ni. Lepas hiking boleh la makan tambah lemak kat bandar Ipoh...hahaha...
|
Dia ingat aku tak nampak la tu dia dok situ....hahaha |
Sekian...
#kabustapitaksejuk
#mytripmyadventure
#akuinginkembaralagi
p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau
klik di sini
Terima kasih sekali lagi.
Good one. Thanks for sharing😊😊
ReplyDeleteKalau ikut route lain2 nnti smpai puncak jugak ke??
ReplyDelete