Bandung Tarik Kampung Bahagia
Assalamualaikum...
Baru-baru ni aku berkesempatan balik ke Teluk Intan. Teringin pulak nak minum air bandung tersedap di abad ini..hahaha..Air bandung ni ada jual kat simpang 3 Kampung Bahagia. Kat lorong masjid area pasar hari Selasa tu. Abang ni memang berniaga setiap hari kat sini. Biasanya pukul 12 lebih tu dah ada.
So apa yang sedap sangat air bandung kat sini? Aku dah lama dah minum air ni, cuma dulu takde blog je nak share..hehe.. Uniknya air bandung kat sini tak diletak dalam bekas orang jual air biasa tu. Dia simpan dalam tong besi. So kalau takde banner memang orang yang lalu sekilas pandang tak tau pun abang ni jual air bandung sebab memang takkan nampak la air bandungnya..
Unik yang kedua ialah air bandung ni tak dicedok macam orang jual air biasa tu, tapi dia guna satu alat besi di mana air akan memenuhi besi itu. Kemudian abang tersebut akan menarik air bandung itu untuk membungkusnya ke dalam plastik atau cawan..ha sangat berinfomasikan ayat aku nih?haha.. Harap fahamlah cara aku menerangkannya tu.
Unik yang ketiga ialah air bandung ni sangat pekat dan wangi. Menurut kata-kata orang tempatan, air bandung ni ada campuran santan dan kacang merah. Bukan sekadar susu dan perasa sirap ros tu. Maybe sebab tu la rasanya sangat lain kalau nak banding dengan air bandung yang kita buat sendiri kat rumah tu. Harganya pun agak mahal sikit dari air bandung biasa. Tapi berbaloi la kan? Mahal sikit je dari biasa tapi sedap dan puas hati. Yang paling sakit hati bila mahal tapi tak sedap. Murah tapi tak sedap pun sakit hati juga kan? Pergi ke kedai, kedai tutup pun sakit hati juga...hahaha
Kalau korang ada kesempatan lalu kawasan Kampung Bahagia ni, cuba la air bandung ni. Memang lain dari yang lain. Selain dari area sini, ada juga jual kat pasar malam Teluk Intan hari sabtu. Katanya itupun ahli keluarga dia juga yang jual. Konsep dan rasanya memang sama. Cubalah...
Sekian...
Baru-baru ni aku berkesempatan balik ke Teluk Intan. Teringin pulak nak minum air bandung tersedap di abad ini..hahaha..Air bandung ni ada jual kat simpang 3 Kampung Bahagia. Kat lorong masjid area pasar hari Selasa tu. Abang ni memang berniaga setiap hari kat sini. Biasanya pukul 12 lebih tu dah ada.
So apa yang sedap sangat air bandung kat sini? Aku dah lama dah minum air ni, cuma dulu takde blog je nak share..hehe.. Uniknya air bandung kat sini tak diletak dalam bekas orang jual air biasa tu. Dia simpan dalam tong besi. So kalau takde banner memang orang yang lalu sekilas pandang tak tau pun abang ni jual air bandung sebab memang takkan nampak la air bandungnya..
Hanya nampak ada bekas besi je..bukan bekas air kotemporari macam penjual air yang biasa tu |
Ni senarai harga..takdelah mahal berbanding kedai hipster tu kan... |
Macam ni la cara menarik bandung tu... |
Setakat ni tak jumpa lagi cara ni kat tempat lain... |
Sekian...
#airbandungtarik
#telukintanmyhometown
#beraromaberlemak
#akuinginkembaralagi
p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Comments
Post a Comment