Roti Naan Cheese Restoran Di Naina

Assalamualaikum....

Rasa macam dah lama tak update blog ni...Demi meneruskan kelangsungan blog ini, maka harini aku nak share satu makanan yang baru je viral kat media sosial.

Ramai orang try naan cheese tu..yang beratur beli bungkus pun ramai
Korang penah makan roti naan cheese kan? Ha normal je makanan ni tapi kat Restoran Di Naina kat area Ampang, Ipoh ni telah berjaya membuatkan income diorang naik mendadak..haha...Aku tak tau la kot kat tempat lain ada jugak naan cheese macam kat sini, tapi sebab kat sini da viral so aku try cuba test lah. Restoran Di Naina ni ada banyak kat Ipoh, tapi cawangan lain tu tak tau la ada menu ni ke takde.
Ni la cara jimat untuk tambah menu baru...hahaha...menu roti naan lain dah takde..
Sampai je kat restoran ni, aku tengok ramai betul orang. Nasib baik ada meja kosong. Aku pun duduk nak order. By the way, kali ni aku pergi dengan wife aku dengan kawan-kawan dia. Diorang la yang ajak nih. Time nak order aku tengok harga naan cheese tu RM7.00. Pastu sekarang dah takde dah kepelbagaian jenis roti naan kat sini. Ada naan cheese ni je. Ayam tandoori pun macam takde je sebab aku tak nampak pun ayam tu dia gantung.

Kalau tengok orang lain makan, nampak macam sedap. Bila dah sampai naan cheese masing-masing ambik gambar dulu...haha.. Roti naan ni aku rasa sama je macam kat tempat lain. Cuma dia bagi tebal sikit macam roti piza tu, pastu dia sumbat keju mozarella yang banyak kat dalam. Untuk topping pulak dia letak sos keju macam cheezy wedges kat KFC tu. Memang sama rasa dia. Bila tarik memang panjang la cheese tu masa panas-panas lagi. Roti pun lembut & tak liat walaupun tebal.

Ni la rupanya...nampak simple je tapi melazatkan...

Ni la tanda kewujudan keju yang banyak kat dalam roti naan ni...kalau kedai lain dia letak cheesedale je

Kiteorang cicah jugak dengan kari sebab nak cover rasa bahagian roti  yang tak kena cheese tu..hehe
Dari segi rasa aku rasa boleh tahan sedap. Memang masuk la rasa roti berkeju tu dengan sos cheezy wedges tu. Dan sebenarnya sos tu la yang bagi sedap. Kalau takde sos tu nak harapkan cheese je maybe tak sedap jugak.  Kalau roti naan lain selalukan dia letak cheesedale je sekeping. Pastu makan cicah kuah kari,dal atau mint. Kat sini takde kuah cicah tu. Tapi kalau nak boleh mintak kuah roti canai.

Secara total, naan cheese ni masuk kategori sedap & layak la jadi viral. First, sebab bila tengok pun dah cun pastu rasa pun boleh tahan. Tapi kalau korang bukan peminat cheese maybe makanan ni tak sesuai. So orderlah nasi beriyani...haha

Di sebabkan aku pergi dengan wife & kawan-kawan dia, maka aku abadikan gambar diorang dalam blog aku ni.

Siapa sangka mamak kat belakang tu sempat join sambil mengemas...hahaha



Sekian.

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.






Comments

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar