Durian Ijok - Kelian Gunung

Hai guys!! Eh?

Assalamualaikum...😄

Entry kali ni aku nak share pengalaman aku ride mencari durian. Sebenarnya bukan tu niat sebenarnya. Aku nak cari air terjun Lata Buluh kat Selama ni sebab aku tengok ada signboardnya. Maka aku pun terus menghala ke Kampung Ijok. Cari punya cari tak jumpa dah signboard Lata Buluh tu. So aku teringat ada air terjun kat tepi jalan menghala ke Sumpitan - Lenggong tu. Aku terus je la sebab nak melayan selekoh-selekoh pendek kat situ..hehe

Pemandangan awan & gunung -ganang...sejuk mata memandang
Sampai kat simpang 3 Ijok - Kelian Gunung - Lenggong tu aku nampak ada tempat orang kumpul durian. Tempat ni la yang viral kat Facebook aritu. Memang sepanjang jalan ni ramai orang jual durian & manggis tapi aku tak singgah pun. So aku terus lalu jalan arah ke Lenggong. Aku nak ke air terjun tu dulu sebab nak ambik gambar. Sepanjang perjalanan memang nyaman dengan udara segar & pemandangan gunung - ganang. Tapi tak boleh laju sangat sebab jalan kecik, selekoh pun pendek-pendek je. On the way tu aku dah nampak satu air terjun dekat dengan loji air. Dari jauh nampak putih je. Rasanya takde orang mandi kot kat sini. Tapi cantik la tetiba di tengah kehijauan hutan ada air terjun menderu memecah kesunyian...eceyh...

Ni la air terjun yang dari jauh dah nampak tu...ada loji air kat sini
Depan sikit dari spot air terjun tadi ada satu lagi air terjun. Aku tak tau namanya apa. Betul-betul tepi jambatan. So aku pun berenti la atas jambatan tu, setup & cari angle untuk tangkap gambar. Dah la sorang je. Nasib terer..hehe. Sekelilingnya pulak boleh nampak pemandangan banjaran gunung-ganang. Rasanya sini tak sesuai nak mandi. Mungkin ada tapi kat tempat lain kot kat area kampung-kampung ke kan...


Cantik view dari atas jambatan ni...

Lepas tu aku patah balik nak singgah tempat orang jual durian tu. Saja je la berenti nak tanya harga sebab sekarang tengah musim. Memang sini tempat peraih durian tu dia kumpul durian orang kampung. Masa aku datang pun ada 2 kereta datang beli berbakul-bakul. Selain durian, ada juga manggis & petai. Aku tanya la berapa dia cakap sekilo RM5.00. Buah baru jatuh. Aku minta dia pilihkan 2 biji yang saiz sederhana sebab naik motor susah nak bawak. Maybe yang viral tu masa tengah mula-mula musim durian tengah berlambak sebab tu harga sekilo 3-4 ringgit je. Dia timbang 2 kilo setengah, tebuk sikit bagi aku rasa. Kalau tak ok dia ganti lain. Aku rasa ok je. Dia offer durian kahwin isi kuning sekilo RM8.00 tapi aku lupa nak cucuk duit sebenarnya, modal tak ramai...hahaha

Simpang 3 Ijok - Kelian Gunung - Lenggong

Buah baru sampai




Nasib baik muat durian tu masuk box motor aku. Tapi balik tu tak boleh la nak melayan corner sangat. Tercabut box aku naya je...haha...Sampai kat rumah aku pun bukak durian tu dengan harapan ia tak mengecewakan. Walaupun isinya tak kuning tapi besar dan tebal. Lekok pangsa isi durian tu pun dalam. Puas hati beb!! Isi pun banyak jugak dekat 10 ulas ada. Ni lah namanya rezeki sebab niat keluar nak tengok air terjun je, terbeli pulak durian. Nasib baik duit cukup...hahaha. Bagi aku ni antara port jugak la nak beli durian selain area Batu Kurau & Bukit Gantang.




Sementara musim durian tengah banyak ni berani la nak berenti tanya walaupun takde tanda harga. Kalau bukan musim yang banyak korang jangan la berani singgah kat orang jual durian yang takde tanda harga nih. Sebab aku penah kena dah sekali tanya sekilo RM20, RM25..durian kampung je pun...kalau korang jenis makan sekali kulit dia takpelah nak beli mahal gitu....hahaha

Sekian...

#durianmurah
#offdayride
#akuinginkembaralagi

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.



Comments

  1. Next time aku pon nak ride ke sana gak...

    ReplyDelete
  2. tapi musim durian nak abis dah..taun depan la baru ada balik..

    ReplyDelete
  3. Jom gi makan durian Ijok Batu Kurau... durian yang terbaik..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar