Makanan Menarik Di Cameron Highland

Assalamualaikum para pembaca sekalian....

Semua dah sedia maklum Cameron Highland ni antara tempat menarik untuk bercuti. Dulu zaman bujang aku selalu jugak naik cameron ni mengasah padle motor. Nak asah lutut tak berapa nak cecah walaupun dah pakai padding..hehe

Merujuk kepada tajuk di atas, entry kali ni aku nak share sikit beberapa tempat makan menarik yang aku & wife sempat pergi masa short vacay ke cameron. Aku pergi ni time cuti umum, memang jalan jem especially tengahari. Tapi menjelang malam dah tak sibuk dah. Kali ni aku tak nak tulis banyak sangat, so let the pictures do the talk...ok?

1. Bharat Tea Plantation
Breakfast yang simple ini berharga RM17.80...setanding harga makanan import..hahaha


Hari first, aku breakfast di Bharat Tea Plantation. Sebenarnya tempat ni ada 3 kat cameron ni dan menu pun sama je. Tapi sekarang kalau nak masuk ladang teh kena bayar RM2.00 untuk dewasa dan RM1.oo untuk kanak-kanak. Cuma better pergi ke plantation yang paling hujung (kalau dari arah cameron ke Ringlet) sebab ladang teh kat situ boleh masuk tanpa limit. Redah la ladang teh tu selagi larat. Kalau plantation baru yang ada hanging cafe tu ada pagar, boleh masuk sikit je. Senang betul buat duit. Untuk sarapan ni aku & wife makan tuna sandwich, pandan cake, cookies dengan hazelnut ice tea. Menu kat sini ala-ala western la. Ada kek, donut, spageti dan bermacam jenis teh. The famous scone pun ada tapi agak mahal.


Mini waterfall yang TIDAK dijamin kebersihannya sebab ada tempat tinggal pekerja ladang.

Kalau nak hiking sampai atas bukit tu pun boleh...larat tak larat je.

Ni pintu masuk plantation yang boleh masuk ladang tehnya tanpa limit.
Ni Bharat Tea yang 1st jumpa kalau naik dari Simpang Pulai tapi ladang teh tak luas sangat.
2. Big Red Strawberry Farm

Boleh tengok menu sebelum order..sebut nombor menu pun boleh.
Makanan ni berharga + -RM16.00 (tak ingat sangat harganya)
Tepi tu ladang strawberry. Boleh masuk kalau nak petik sendiri.
Taman kaktus mini
Ladang sayur salad & butterhead





Big Red Strawberry Farm ni lokasinya kat Brinchang tapi agak tersorok sikit. Nak senang guna waze jelah. Antara tarikan tempat ni dia macam one stop center sebab macam-macam ada. Ada cafe, ladang sayur, kaktus, bunga, strawberry & cenderahati. Free entry pulak tu. Menu kat cafe pun banyak tapi kalau pergi waktu cuti sekolah memang penuh la orang. Aku lunch kat sini sementara nak tunggu check in hotel. Kiteorang order strawberry smoothies, strawberry waffle & kentang goreng. Selain makan boleh la tengok-tengok taman & ladang yang ada. Nak beli hasil ladang kat sini pun boleh.

 3. De Bamboo Tower Steambot & Grill
Bahagian depan kedai

Ada pondok bamboo kat sini.

Ni la namanya tower steambot sebab ada steambot, grill & steam.

Daging, ayam & seafood

Atas sekali tu tempat steam boleh letak dimsum.



ABC pun ada...tapi buat sendiri la


Pelbagai jenis sayur ada

Ais krim pun ada







De Bamboo ni antara pelopor steambot melayu yang pertama kat cameron (berdasarkan penyiasatan aku la). Lokasinya kat Taman Sedia, Tanah Rata. Sekarang ni dah banyak restoran steambot & boleh kata menunya lebih kurang sama je. Cuma kat sini ada steam & boleh makan dimsum. Harganya RM30.00 seorang dan boleh makan takde limit. Memang aku kutip la segala makanan untuk grill especially kambing..hehe.. Seafood dia boleh tahan ada kerang, lala,udang,sotong, ketam & siput pepahat tu. Kuah steambot pulak memang akan dapat perisa tomyan & sup. Sedap jugak cuma bila dah banyak kali tambah kuah akan jadi masin. Better kalau kuah dah nak kering tu suruh orang tu topup kuah baru dengan air kosong je untuk kurangkan rasa masin tu. Selain pelbagai jenis mee ada jugak nasi goreng, tapi kalau makan yang berat ni rugi la cepat kenyang. Sebab tu aku banyak ambik seafood ataupun kambing la sebab yang tu mahal.hehehe

4. 200 Seeds Nasi Lemak Abang Strawberry

Billboard ni mercu tanda nasi lemak sambal strawberry kedai ni.
Niat dihati nak merasa nasi lemak rare ni tapi nampaknya takde rezeki sebab tutup. Aku pulak lupa nak tengok FB page dia sebab memang dia buka setiap hari. Tapi kalau tutup dia akan update kat FB page. So kalau nak pergi sini better cek dulu bukak ke tak.

5. Dataran Atilia



Disebabkan nasi lemak sambal strawberry tadi tutup, so aku pusing la Pekan Tanah rata tu nak cari kedai makan nak breakfast. Aku pun terjumpa kedai yang aku tak tengok signboard kedainya. Tapi kat kawasan dataran Atilia, Tanah Rata. Best jugak kedai ni sebab seawal 9 pagi pun dia dah siap sekali lauk untuk tengahari. So bolehlah makan sarapan berlauk macam makan tengahari. Ayam panggang pun ada tapi masa kau makan tu dia tengah panggang lagi.

6. KHM Strawberry Farm

Scone ala carte sebiji RM4.00 & Ais krim strawberry RM3.00


Sebelahnya ladang strawberry juga.
KHM strawberry Farm ni kat Taman Sedia jugak. Memang area sini semua kedai makan & ladang milik orang melayu. Kat sini ada ladang straberry tapi tak boleh petik sendiri. Ada beberapa tempat lagi kawasan sini yang boleh petik strawberry sendiri tapi masa aku datang ni tutup la pulak. So kat sini aku try makan scone yang orang kata feymes tu. Aku saja nak cuba sebab tak pernah makan. Sedap jugak tapi taklah sesedap nasi kandar yang membuatkan rasa nak makan lagi di lain waktu...hahaha. Tapi jem strawberry dia buat sendiri & memang ada potongan strawberry dalam jem tu. Ais krim strawberry tu memang sedap., kalau bagi semangku besar tu pun boleh habis...hehe

7. Pasar Kea Farm
Ni kim chan goreng..rare jugak nih..

Yang ni memang wajib beli la kalau datang cameron.

Ubi rebus ni ada dua jenis..yang biasa warna kuning & satu lagi warna ungu.
Kea farm ni memang feymes kat cameron. Sini la tempat nak beli produk hasil cameron selain kat pasar malam. Kat sini boleh tawar-menawar & harga lebih kurang je setiap kedai. Cuma kalau nasib baik peniaga tu bagilah kurang. Macam-macam ada jual kat sini. Sayur, buah-buahan, bunga, jagung, souvenier pun ada. Benda yang aku beli kat sini kim chan goreng, brokoli goreng, cendawan goreng, bunga, strawberry, sayur RM10.00 dapat 7 bungkus & jagung mutiara yang original cameron punya. Yang ori ni mahal sikit tapi aku beli dapat la murah RM10.00 dapat 4 tongkol. Bau, rasa & warna daun dia pun lain dari jagung madu yang selonggok RM10.00 dapat 12 tongkol tu. Kat sini tak banyak gambar nak tunjuk sebab pusing 2-3 kali untuk cari kedai mana yang offer paling murah..hehe

So, tu je beberapa tempat & makanan yang sempat aku cuba. Aku da buat list tapi banyak pulak yang tutup. Pasar malam pun tak merasa sebab dia ada setiap jumaat & sabtu je. Kalau cuti sekolah baru ada setiap hari. Takpelah lain kali ada masa baru pergi pasar malam pulak sebab dulu aku pergi best je pasar dia sebab banyak makanan. Sekarang ni tak tau la pulak kan....

Sekian....

#sejukwaktuhujanje
#akuinginkembaralagi

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar