Restoran Western Food Bagan Serai - Che Embun Cafe

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...

Untuk memenuhi permintaan cik wifey, aku telah membawa beliau untuk berbuka puasa makanan western..hehe..

So untuk entry kali ni aku nak share satu kafe kat Bagan Serai ni. Namanya Cafe Che Embun. Tempat ni recommended oleh rakan sejawatan aku Hatimah (bukan nama sebenar) sebab dia penduduk asal Bagan Serai...hehe..Lokasinya senang je kat Pekan Bagan Serai tu ada bangunan Arked MARA. Landmark dia senang sebaris dengan Marry Brown. First impression aku datang tengok macam takde orang sebab aku sampai awal dalam 6.30 petang. So aku pergi bazar Ramadhan kejap nak beli kuih.

Ni signboard Che Embun Cafe kat bangunan arked MARA Bagan Serai
Simple je kan...tempat ni macam foodcourt so agak open takde la rasa terkurung sangat
Berbalik kepada cafe tadi, rupanya ramai jugak orang berbuka kat situ. Tapi untuk bulan puasa ni, tak semua menu disediakan. Maybe sebab tak banyak permintaan tapi western still ada. So aku pun order chicken chop. Wife pulak order chicken mango. Honestly, aku tak penah makan pun chicken mango ni. Tapi nak rasa tu la order tu. So bila dah sampai makanan tu & waktu berbuka pun da on time, mula la proses merasa makanan tu..hehe

Ni menu untuk bulan puasa..chicken mango tu pun ada
Portion dia boleh tahan besar & harga pun tak mahal sangat. Chicken chop sini jenis goreng & kuah black pepper dia agak pekat. Tapi sedap juga. Untuk chicken mango rupanya ayam dia sama macam chicken chop, cuma takde fries & coleslaw. Dia ganti dengan pelam muda pastu kuah yang sedikit pedas. Senang cerita ala-ala somtam tu la. Boleh tahan sedap jugak. Boleh repeat lagi lain kali..hehe. Cafe ni aku rasa selesa n simple je decoration dia. Then setentang dengan cafe ni ada cafe lain yang jual menu tomyam & goreng-goreng. Diorang share meja yang dah tersedia kat arked ni so boleh je duduk mana-mana & order kat pekerja dua kedai ni. Sebelahnya pulak ada cool station kalau nak minum ice blended.

Yang kanan ni la rupanya chicken mango tu...nampak macam somtam ayam  

Boleh tahan besar jugak portion dia...rasa pun sedap
Istimewa bulan Ramadhan ni, Cafe Che Embun ni ada sediakan kerang rebus & steambot cucuk-cucuk tu. Tapi lepas maghrib baru ada. Uniknya dia jual menu tu kat atas truck pastu dia open table kat bahu jalan untuk pelanggan yang nak duduk santai open air sambil hisap vape..hahaha. Lepas terawih tu aku lalu kedai ni memang ramai orang pun. Maybe nanti aku akan datang lagi untuk try menu lain pulak...hehe

Ni la steambot cucuk-cucuk tu..maybe ni antara daya penarik jugak kot.


Kalau nak tengok menu apa lagi yang ada boleh tengok gambar bawah ni atau chek kat fb diorang untuk tengok promo(kalau ada) & waktu operasi  : klik di sini

Sumber : page FB Che Embun Cafe

Sekian.

#baganseraibanjartown
#banjarcakaputara
#akuinginkembaralagi

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.


Comments

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar