Ikan Bakar Tanjung Dawai : Warung Mak Njang Ikan Bakar Warisan

Assalamualaikum.... Hai gais..Pernah dengar nama Tanjung Dawai? Mungkin tak sepopular Pantai Merdeka sebab ada jadi tajuk lagu kumpulan Jinbara iaitu Cinta Pantai Merdeka...hehe. Sebenarnya Tanjung Dawai ni dekat je dengan Pantai Merdeka tu kalau naik bot. Macam menyeberang sungai aje. So, apa yang ada kat sini? ni la kedainya meja ada banyak dan luas Tanjung Dawai ni area Sungai Petani, dan kawasan laut la sebenarnya. Kalau nak dapatkan hasil laut macam ikan kering, ikan bilis dan lain-lain boleh lah datang ke sini. Selain tu yang popular kat sini ialah ikan bakar lah apa lagi. ada pondok juga untuk makan belakang tu laut Ada banyak pilihan kedai makan sebenarnya, tapi kali ni aku singgah di Warung Mak Njang Ikan Bakar Warisan. Boleh tahan popular juga kedai ni. Lokasi dia tepi jalan aje dan belakangnya laut. Kedai ni agak besar dan banyak meja, jadi sesuailah kalau datang dengan family yang ramai. Cuma kalau time ramai orang jadi sesak juga. ada ketam, sotong...