Tempat Sarapan Sedap Di Melaka : Roti Canai Kayu Arang

Assalamualaikum..

Untuk entry kali ni aku telah ke luar Perak dan pergi ke negeri Melaka. Ha dasyat kan pergi Melaka sebab nak makan.Hehe Takdelah sebenarnya aku pergi sebab kerja, dapatlah makan-makan sekali.hehe



ni la suasana kedai ni penuh orang
Jadi tempat yang famous untuk sarapan kat Melaka ni antaranya ialah kedai Roti Canai Kayu Arang. Uii rare ni. Apa kelainannya? Aku tengok memang betul dia masak roti canai ni guna arang bukan guna api gas. Sebab tu ramai orang datang kot.

ni la kedainya
Kedai ni kecil je kat tepi jalan. Tapi aku tak tahu area mana tapi dalam waze ada. Punya la penuh orang tapi nasib baik ada meja kosong dan service pun cepat. Banyak pilihan sarapan kat sini macam-macam ada. Kuih-muih pun banyak jenis ada. Tapi sebab dia viral dengan roti canai, maka aku pun order canai lah. Yang aku order ialah Roti Dol iaitu roti canai banjir dengan 2 biji telur mata separuh masak.

ni lah dia roti dol


Dari segi presentation roti dol ni memang menyelerakan. Bagi aku sedap jugak tambah pulak aku memang suka kalau kuning telur tu cair. hehe. Roti pun lembut dan sedap jugalah. Cuma aku tak jumpa apa kelainan rasa roti yang dimasak guna kayu arang ni. Aku rasa macam sama je dengan roti masak guna gas. Tak tahulah maybe tekak aku yang gagal kot? Tapi sebab dia still masak atas pan so takdelah rasa smokey arang. Tapi kalau nak macam tu takkan nak panggang pulak? Nanti jadi roti canai grill pulak.hahaha


macam ni la masak roti canai guna kayu arang
Tapi aku rasa antara sebab ramai orang datang sini ialah menu dia banyak dan service yang cepat. Bukan roti canai kayu arang tu semata-mata. Jadi kalau datang Melaka nak cari tempat sarapan bolehlah datang sini. Walaupun ramai orang tapi cepat je makanan sampai. Ramai ni nampak meriah, seronok la nak makan cuma nak lepak lama tu tak bolehlah. Bagi ruang kat orang lain juga nak makan.




menu lain yang ada kat sini
Sekian.


p/s: Diharap para pembaca boleh klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.


Comments

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar