Assalamualaikum gais!!
Lama tak update gais...hahaha..So disebalik kesibukan kerja sekarang, sempat jugak aku update blog ni. Jadi apakah content kali ni? Aku nak share sikit pasal post makan steambot kat Taiping. Hehe
|
ni entrance dia |
|
harga & waktu operasi |
Nama tempat ni ialah Jom Relax Buffet Seafood. Lokasinya tak jauh dari Pasaraya Giant, Taiping. Cara lebih mudah boleh waze ajelah kan..hehe. Waktu operasi kedai ni ialah setiap hari 5.00 petang - 12.00 malam. Harga pulak untuk dewasa RM29 dan kanak-kanak RM16 seorang. So apa yang boleh dimakan dengan harga tu? Jom tengok.
|
pelbagai jenis mee, bihun, sayuran & makanan frozen |
Menu kat sini macam biasalah ada makanan frozen yang macam yong tau fu tu. Then ada juga pelbagai jenis mee dan bihun. Nasi goreng pun ada. Sayur pun ada banyak pilihan lepas tu ada cendawan tiram & cendawan shitake. Untuk seafood pulak ada kepah, ketam, ikan siakap, udang & sotong. Untuk grill ada ayam, daging & kambing. Tiga-tiga ni ada flavour bbq, original & paprika.
|
pelbagai jenis seafood, ayam, daging & kambing perap |
Selain tu, ada juga beberapa jenis buah potong, beberapa jenis air, pulut mangga & cendol. Untuk kuah ada 2 jenis iaitu sup dan tomyam. Untuk sos pencicah pulak dia lebih kepada selera thai, so sos dia ada yang pedas manis masam. Ha cemana tu? Tapi nice juga la.. hahaha
|
pelbagai jenis air sejuk & panas |
|
ada nasi goreng, mee goreng & kue tiau goreng |
|
buah-buahan potong |
|
pencuci mulut ada cendol & pulut mangga |
Kat sini konsep dia all you can eat tapi jangan membazirlah. Kalau tak habis kena denda RM10 untuk 100gram. So ambillah sikit-sikit, dah habis baru tambah lagi. So macammana dengan rasa? Bagi aku ok la kuah sup & tomyam dia. Cuma untuk grill tu perapan dia tak kuat sangat. Tambah yang flavour original, aku tengok dia perap dengan black pepper je. Bukan kuah black pepper tau, betul-betul pepper je. Tapi kalau cicah dengan sos tu ngan la. Cuma kalau anda tak minat selera thai, maybe tak berapa sesuai kot. Sebab kat sini takde mayonis, sos cili, bbq sauce atau sos black pepper.
|
dekat 3 jam jugak melepak kat sini |
Kalau nak lepak lama ok la tempat ni sebab dia tak havoc sangat, kawasan pun luas cuma ada certain part yang takde kipas. So kalau nak selesa duduklah kat area yang ada kipas atau open air. Dari segi harga ok la berbaloi kalau anda sorang yang kuat makan. Sebenarnya steambot ni sesuai untuk orang yang nak lepak lama. Kalau rushing tak sesuailah. Aku pun dok sini dekat 3 jam. hehehe
|
antara rakan sekerja yang hadir |
|
upacara memotong kek |
|
ni la kek yang diorang sediakan..kek mahal ni |
Sebenarnya aku ke sini sebab ada jamuan perpisahan dengan rakan sekerja aku. Akulah yang berhenti kerja sebab dapat offer kerja lain. Maka diorang la yang pilih tempat ni. Selain makan steambot, diorang jugak sediakan kek untuk aku. Terharu betul! So dikesempatan ni aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kat rakan-rakan sekerja aku ni lah. Selama 3 tahun aku bekerja dengan diorang banyak ilmu, pengalaman, suka, duka, stress buat report dan macam-macam lagilah yang aku dapat. Aku doakan kita semua success di dunia & akhirat.
Jumpa lagi.
Sekian.
p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau
klik di sini
Terima kasih sekali lagi.
Comments
Post a Comment