Assalamualaikum...
Hai guys...entry kali ni aku nak share pasal satu port makan yang penah viral iaitu Kelapa Leleh Kampor yang terletak di Kampar, Perak. Lokasi dia senang je tepi jalan tak jauh dari masjid dan traffic light simpang 4 ke Tapah atau Teluk Intan kalau korang dari arah Pekan Kampar.
|
ni pandangan hadapan kedai |
Apa yang specialnya kat sini? Yang aku tau tempat ni viral sebab dia punya ais krim lah. Tapi aku datang sini tak order ais krim sebab malam sejuk-sejuk tak best pulak, kalau tengahari panas layan sikit.hehe.. So bila tengok menu dia memang banyak especially western lah. Kalau nak tengok banyak lagi menu boleh tengok FB diorang
klik di sini
|
Cara order kat sini tulis je kat kertas tu pastu bagi kat pekerja dia |
|
Antara menu yang ada kat sini |
Tempat ni deco dia guna kayu pallet ala-ala hipster tapi nice la dia agak open & tak sempit sangat. Lepas tu ada tempat untuk bergambar jugak. Waktu aku datang ramai juga orang tapi takdelah lama sangat menunggu. Bagus lah sebab tu main peranan jugak kan. So kali ni aku telah mengorder nasi goreng ayam crunchy cheezy berharga RM12.00 dan menu ala-ala korea iaitu Jeju Island berharga RM15.00. Jeju Island ni sebenarnya set yang ada 3 ketul drummet ayam pedas korea, 6 ketul meatball, fries dengan sos cheese dan coleslaw salad. Banyak je menu lain macam burger, set dulang, mee & laksa pun ada juga.
|
Ada harga promo untuk students |
So macammana rasanya? Bagi aku yang paling best untuk menu yang aku order ni ialah ayam goreng crunchy cheezy tu. Sebab ayam dia besar gilerr...tepung dia pun memang rangup. Kena plak dengan sos cheese tu memang masuk. Cuma nasi dia biasa je bagi aku, walaupun dia tulis nasi goreng tapi aku rasa macam nasi hujan panas je sebab warna-warni. So aku rasa kalau order chicken chop dia mesti best sebab mesti dia guna ayam yang sama kan...Untuk Jeju Island pulak ayam korea dia tu sedap juga cuma bagi aku sos dia agak pedas. Maybe sebab aku ni tak suka makan pedas sangat kot? Untuk meatball dia bagi aku biasa je, rasa daging dia tak kuat, isi dia sedikit kenyal dan warna dia kelabu cerah. Aku rasa meatball ni bukan home made, aku rasa je lah. Pastu aku tak nampak kesan goreng atau grill kat meatball ni so aku pun tak tau la takkan dia rebus kot? Tapi bagi aku meatball ni still belum mampu menandingi meatball brand Tesco tu. Sebab so far meatball frozen yang tersedap aku penah makan yang Tesco punya tu lah.
|
ni lah menu yang aku order |
|
Besar giler ayam ni.. |
Untuk menu lain aku tak tau lah takkan aku nak order semua kan...tapi disebabkan tempat ni popular sebab ais krim, maybe lain kali aku akan datang lagi try ais krim pulak. Tapi untuk menu makanan kat sini best la sebab banyak pilihan. Harga pun tak mahal sangat berbaloi dengan portion. Cuma aku kecewa sikit dengan meatball tu lah, sebab macam meatball bakso je aku rasa.
|
isi ayam memang tebal..rasanya lagi sedap kalau makan ayam sahaja |
|
sos ala korea bagi aku pedas sikit...meatball tu pulak nampak plain je isinya |
So bagi aku kedai ni salah satu kedai yang recomended lah kalau korang datang Kampar. Tempat selesa, menu banyak pilihan, servis cepat, lokasi senang nak cari, parking pun banyak. Aku pun rasa akan datang lagi untuk try chicken chop dia dengan ais krim pulak. Sebab tengok gambar dalam menu tu menggiurkan je...hehehe
|
Arfa nak cuba keropok sebab dia dah ada gigi..hahaha |
|
Arfa cuma dapat makan fries dengan isi ayam je..hehe |
#kelapalelehkampororiginal
p/s:Diharap para pembaca boleh klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau
klik di sini
Terima kasih sekali lagi.
Assalam. Team saya plan nk ke sini i/allah pada hujung bulan ni. Nanti nak call dulu kedai tu then nk review....t.kasih atas perkongsian
ReplyDeletesama2...cubalah
DeleteWshing You Happy New Year
ReplyDeleteGreat Article
Love From AkpBD**