Cafe Yang Famous Di Shah Alam : The Teapot Deli @ SACC Mall

Assalamualaikum....

Lama juga rasanya tak update blog ni, tapi taklah selama menunggu PTPTN dimansuhkan...hahaha (opps...apa ni blog politik ke...)

Ok ok, untuk entry kali ni aku telah mengembara ke central region (gaya macam jauh sangat) dan telah pergi makan di SACC Mall  Shah Alam. Tempat ni ialah sebuah cafe yang bernama The Teapot Deli. Katanya cafe ni amatlah famous di kalangan datin-datin dan para pensyarah UITM...betul ke? hahaha

ni la deko cafe ni (sumber : https://twitter.com/ayuhtravel/status/725251213722324992)

Ni alamat cafe ni..tingkat 2 kat SACC Mall
Sebenarnya yang ajak aku datang sini ialah Liyana (bukan nama sebenar), classmate aku & wife. Dalam entry sebelum ni kan ada dia datang Ipoh, so kali ni aku pulak datang Shah Alam..hehe. Kiteorang sampai sini dekat pukul 6 petang. Tapi orang tu kata banyak makanan dah habis. So order je lah apa yang ada. Cafe ni kecik je terletak di tingkat 2 SACC Mall. Decoration dia simple je tapi more to English Style bukan hipster. Ok la kalau nak makan sini sambil sembang santai.

Makanan kat sini pun ala-ala English juga, walaupun western tapi takde chicken chop atau lamb chop macam kebiasaan kedai western yang lain. Macam makanan petang untuk orang putih la kot...hahaha aku pun tak tau apa makanan ruji orang kat Britain tu sebenarnya. Macam cafe kat Cameron Highland tu la, sebab kat sini pun ada jual scone juga. Tapi banyak la dessert lain. So apa yang kami order? Disebabkan dah tak banyak pilihan, wife aku order chicken lasagna & Liyana pulak order chicken pie. Dari segi harga mahal lah sikit kalau nak compare dengan warung but still affordable la..

ni adalah lasagna


ni lah dia chicken lasagna & country chicken pie


Rasa pulak macam mana? Bagi aku lasagna ni sedap, inti ayam dia pun banyak means terasa la ayamnya. Cuma kalau order beef lasagna maybe lagi sedap kot sebab rasa daging ni kuat sikit dari ayam. Tu pendapat aku jelah. Then Liyana pun bagi rasa chicken pie tu. Ha yang ni memang sedap. Pie tu kalau part tepi dia memang rapuh & isi pun banyak juga. Pastu makan ni tak muak sangat lah banding dengan lasagna yang berkeju tu..hahaha.


ada juga kuih-muih orang putih...hahaha
Bagi aku cafe ni sesuai la kalau nak sembang-sembang, sebab dalam mall dah siap aircond pastu suasana pun tak bising sangat. Kalau tak nak makanan berat, boleh order dessert je macam scone ataupun kek. Maybe sebab ni la golongan datin & pensyarah suka datang sini, sebab tak havoc macam di kedai mamak. Kalau bising macammana nak bergosip...hahahaha.

Sekian..

Aku nampak berisi sebab dekat dengan kamera...hehe


#saccmall
#theteapotdeli
#shahalam
#akuinginkembaralagi

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.



Comments

  1. terbaik la bro.skang ni org selalu update fb.bro masih lagi guna blog.sy lebih suka baca blog dari fb.bukan mudah nak update blog kalau tinggal lama.teruskan effort bro utk update blog

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Menarik Di Batu Kurau : Lata Sempeneh

Bercuti Di Bukit Tinggi, Pahang : 2 Hari 1 Malam Di Colmar Tropicale