Assalamualaikum....
Selamat Tahun Baru 2019 para pembaca sekalian.. Semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas.
Untuk entry pertama tahun baru ni, aku nak share pasal makanan ala-ala timur tengah..hehe.. Tapi benda yang aku makan ni bukannya kebab, sebenarnya sandwich ala-ala subway dan juga shawarma. Kebab tu kalau original dia macam skewer tu, tapi kat Malaysia kalau pergi pasar malam kebab dia guna roti frankfurter atau roti pita tu.
Berdasarkan tajuk di atas, jelaslah aku telah ke Kuala Lumpur kerana ada urusan. Tapi peluang mencuba makanan yang menarik tak juga dilupakan...hehe. Restoran ni kecil je dan hanya ada 2-3 meja je. Namanya Restoran Sandwichy dan terletak di ground floor Pertama Kompleks menghadap bangunan MARA Digital.
|
Ni la nama restoran tu..kecil je macam saiz restoran kat RnR highway PLUS |
|
Ni la daya penarik dia..kalau boleh nak makan yang ni je tak nak roti..hehe |
Menu kat sini ada beberapa pilihan. Ada shawarma, sandwich dan juga burger. Nasi arab pun ada kat sini. Ada juga air jus tapi bagi aku harganya agak mahal. Di bahagian depan, terdapat seorang chef yang sedang menghiris ayam dan juga kambing yang dibakar. Disebabkan tempat duduk yang terhad, so tapau makan kat rumah je lah. Untuk sandwich, konsepnya ala-ala Restoran Subway tu, tapi bahannya taklah sebanyak Subway. Tapi nice jugak lah. Harga pun murah sikit dari Subway..hehe
|
Menu yang ada kat sini...banyak juga pilihan |
|
Roti untuk sandwich |
|
Ada beberapa jenis sayur |
|
Macam kat subway kan?hehe |
Jadi, bagaimanakah rasanya? Bagi aku sedap la jugak. Sandwich dia boleh tahan panjang, pendek sikit dari roti john tu. Isipun banyak. Shawarma pun sedap, cuma isinya tak berapa banyak. Maksudnya tak padat sangatlah dan ada ayam, sayur dan sos dia je. Sebabnya sebelum ni aku penah makan shawarma yang lagi padat, ada isi kentang goreng dengan harga yang lebih murah. Tapi tu zaman study la harga student..hehe
|
Sandwich dia boleh tahan banyak isinya |
|
Shawarma ni agak kecil...isi pun tak padat sangat |
Secara keseluruhan, dari segi harga dan portion tu puas hati la juga, tak terlalu mahal sebabnya lokasi pun kat KL. Dari segi rasa, boleh tahan sedap, cuma agak kering maybe sos dan mayonis dia tak banyak sangat. Yang menarik perhatian untuk mencuba makanan kat sini sebab ayam & kambing dia tu memang di bakar, bukan macam sesetengah penjual kebab kat pasar malam tu yang grill atas kuali je. Daging pun pakai daging kisar frozen je. So restoran ni ada extra value la jugak.
Owner dan pekerja kedai ni semua orang arab dan tak pandai Bahasa Melayu. Tapi aku ada bagi dia alamat blog aku ni, aku cakap aku try makanan dan tulis dalam blog. Harap dia bukak dan bacalah blog aku ni...hahaha
|
Aku lupa nak tanya dia dari mana..tapi dia memang tak pandai berbahasa melayu |
Sekian.
#rondakotaraya
#sandwichalasubway
#akuinginkembaralagi
p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau
klik di sini
Terima kasih sekali lagi.
Comments
Post a Comment