Assalamualaikum...
Baru-baru ni aku berkesempatan ke Kuala Kangsar sebab ada event di Padang Rengas. Makanya, lepas habis event tu, aku dengan rakan-rakan sekerja telah membawakkan diri kiteorang makan laksa kat Kuala Kangsar..hehe
Area Kuala Kangsar ni memang sinonim dengan laksa. Memang tak susah la nak cari laksa. Tambahan pulak, kat sini memang banyak laksa yang famous di alam maya. So, salah sorang dari kami telah mengsuggest untuk makan laksa kat kedai Laksa Pokok Limau. Ni antara kedai yang top la kat Kuala Kangsar ni.
|
Ni la kedainya...tepi jalan je kalau lalu memang nampak. |
Kedai ni terletak kat Kota Lama Kiri, tak jauh dari pekan Kuala Kangsar. Boleh waze kalau nak senang. Kedai dia tepi jalan je dan takde pokok limau pun kat kawasan kedai ni..hahaha. Ada yang kata tu landmark kedai lama dia. Kedai ni la antara yang mula-mula mencipta laksa telur sarang. Tapi kesahihannya belum berjaya dibuktikan secara ilmiah...eceyh...
|
Makanan ringan yang ada..mungkin produk tempatan |
Ada beberapa menu kat sini selain laksa, pilihan air pun banyak jugak. Menariknya, menu dia ada dia tampal kat dinding kedai je guna kedai berwarna-warni. Ok jugak senang nak tengok menu. Aku pun order la laksa telur sarang bersama air limau asam boi. Kawan aku ada yang order manggo shaver. Bila tengok macam sedap pulak..hahaha
|
Boleh tengok menu yang ada kat dinding tu je... |
Beza dengan laksa Lubuk yang aku makan dulu, laksa kat sini kuahnya lagi pekat. Pastu laksanya guna laksa kering biasa je tapi aku suka sebab kenyal dari laksa basah. Kat area kuala ni ada yang guna laksa tepung beras ataupun laksa pulas. Telur sarangnya pulak boleh tahan, tak tebal sangat sebab kalau tebal sangat nanti dia lembik bila lama terendam dalam kuah tu. So bagi aku laksa kat sini memang sedap. Cuma kalau datang tengahari panas sikit la sebab kedai ni pakai bumbung zink..
|
Ni laksa sarang yang aku order..pekat kuah dia.. |
|
kalau tak minat telur sarang tu..boleh order yang classic iaitu laksa telur rebus...hehe |
|
Ni la manggo shaver yang nampak cun tu...ada hirisan mangga pulak tu..lain kali nak try la.. |
So kedai ni memang recommended la. Harga pun tak mahal sebab belum mencapai taraf hipster lagi.
Memang boleh repeat lagi la kalau nak makan laksa kat Kuala Kangsar nih. Tapi kawan aku cakap ada yang lagi sedap tapi jauh sikit kat Pekan Manong. Nantilah kalau ada free aku ke sana...hehe
Sekian.
#laksasaranghae
#makanlepaskerja
#akuinginkembaralagi
p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau
klik di sini
Terima kasih sekali lagi.
Comments
Post a Comment