Menarik Di Selama : Air Terjun

Assalamualaikum & selamat sejahtera para pembaca sekalian....

Awal tahun 2018 ni nampaknya musim hujan. Boleh kata tiap hari hujan, tapi hujan-hujan pun aku masih sempat mengexplorasi tempat-tempat yang kurang menjadi tumpuan umum ni. Entry kali ni aku nak share pasal beberapa lagi tempat menarik yang ada kat Selama, Perak ni.

Area Selama ni dekat dengan kawasan gunung Banjaran Titiwangsa, maybe sebab tu jugak selalu hujan. Bila dah banyak gunung ni, confirm la ada air terjun kan? Memang area sini banyak air terjun, cuma orang tempatan je tau, orang luar tak berapa tau sangat. Maka, dengan semangat satria baja hitam aku pun mengexplore beberapa air terjun yang ada kat area Selama ni.

LATA RAMBONG

Lata Rambong ni terletak kat Kg Teluk Mas, Selama. Kalau dari Pekan Selama tu jalan menghala ke Sg Bayor. Terus je sampai penghujung jalan tu nnt jumpa la kampung ni. Lepastu ada la lorong kecik nak ke Lata Rambong ni. Bunyi deruan air memang kuat sebab lata ni banyak batu. memang cantik la view buih-buih air tu. Tenang je kalau berkelah kat sini. Udara pun nyaman sebab sini memang takde pembangunan langsung. Cuma kat sini banyak batu je, so nak mandi-mandi kategori amatuer boleh la. Kalau yang jenis hardcore nak terjun la nak kuak lentang tu tak sesuai sangat.

Luas tapi banyak batu

Air pun deras..maybe buat sukan kayak extreme sesuai kot...

Kalau nak berendam tu kena cari la port yang dalam sikit...


LUBUK GAJAH

Tempat ni terletak dekat Kg Sg Siputeh, sebelum Kg Teluk Mas tadi. Tapi rasanya takde signboard pun nak pegi tempat ni. Pastu dia kena masuk lorong kecik sikit. Kalau orang luar nak pegi tanya orang kampung je la senang. Aku tak sure kenapa namanya Lubuk Gajah. Kalau berdasarkan logik akal maybe sebab dulu banyak gajah mandi area sini. Tapi kat sini air dia tenang je, batu pun tak banyak. Air pun takde la dalam sangat, tapi boleh la nak berenang-renang. Tepi air terjun ni aku tengok banyak je tanah lapang tapi terbiar je. Kalau ada modal ni boleh buat kem bina semangat. Macam area Selangor tu ada port macam ni diorang dah buat chalet dah ni. Sapa beli tanah ni buat rumah memang best la.

Kat sini tempat nak mandi luas & air pun tenang...

Ada view gunung-ganang...cantik juga...

Air tenang ni sesuai la untuk kanak-kanak...tapi orang dewasa pun bukan semua pandai berenang kan??hehehe


LATA TEBING TINGGI

Tempat ni pulak lebih kurang 15km je dari Pekan Selama. Lata ni bagi aku best sebab ada kawasan mandi yang luas, tak banyak batu & dalam jugak. So nak terjun tiruk boleh la sini. Sebelum nak sampai kat lata ni pun ada kedai makan. Gerai -gerai pun ada tapi sebab aku pegi ni hari bekerja so takde la orang meniaga. Kalau weekend maybe ada kot. Chalet pun ada tapi still dalam pembinaan. Nanti dah siap harapnya buat la promosi, baru orang luar datang. Kalau tak laku nanti jadi sarang mat pit je rugi la. Bagi aku lata ni best la, cuma kemudahan tu better banyakkan lagi macam surau ke,tandas ke, tempat salin baju ke. Boleh pergi jauh tempat ni...hahaha

Ada dua tingkat area nak mandi kat sini

Luas kan? Boleh berenang-renang kat sini...

Chalet dalam pembinaan...Harap terus maju

Memang luas..boleh mandi, berenang, buat bbq pun boleh...

LATA PANGGUNG

Lata ni tak jauh dari Lata Tebing Tinggi tadi, cuma aku rasa macam tak berapa best je. So aku lalu macam tu je la. Tangkap gambar pun tak...so tak payah review la...hahaha

LATA DAMAK

Lata ni dekat Sg Bayor. Nampak je SK Sg Bayor tu masuk lorong tu la. Tapi takde signboard, kalau nak pergi kena tanya orang baru jumpa. Lata ni tempat mandinya kecik je, macam anak sungai. Tapi air yang jatuh dari atas batu tu cantik juga view dia. Boleh mandi shower. Kawasan sini tak luas sangat, tapi ada juga tempat duduk kalau nak berehat. Sebenarnya tepi air terjun ni ada track untuk naik ke Gua Kelawar. Tapi aku tak sempat la nak hiking sebab sorang je. Lain kali ada geng aku nak try juga hiking kat sini nak tengok gua tu. Lagipun track tu sebelah dengan air terjun ni, so aku yakin view kat atas tu lagi cantik. InsyaAllah aku nak naik juga tengok air terjun ni dari atas..huhu..

Simpang dia betul-betul kat SK Sg Bayor

Ada tempat berehat juga kat sini
Port mandi tak luas sangat...tapi boleh la nak berkelah kat sini
Boleh hiking lagi...view air terjun ni kat atas bukit tu mesti lagi  cantik

Kalau korang tengok gambar-gambar air terjun tu takde gamba aku mandi kan? sebabnya aku pergi explore tempat tu sorang. Memang tak best la mandi sorang-sorang. Nanti orang cakap aku ni forever alone pulak. Hahaha...nak buat macam mana dah kerja aku cuti hari weekdays. Tapi bagi aku tempat -tempat ni boleh dimajukan lagi, nak dengan tak nak je.Ada duit semua jadi. So kalau sapa-sapa yang nak rileks tu boleh la datang sini. Asyik duduk bandar je sedut asap kilang dengan asap kereta..Kat sini paling koman pun korang sedut asap rokok je la kalau jenis yang merokok tu...hahaha

So ni jelah untuk entry kali ni...ada port lain nanti aku update kat blog ni lagi.

Sekian....
#akuinginkembaralagi
#thisisselama
#dontdodrugs

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.




Comments

  1. Nice info. Tqvm. May allah bless u always. Aminnn

    ReplyDelete
  2. Tqvm for info..terbaikπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ˜Š

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar