Popia Ronda Teluk Intan

Assalamualaikum...

Teluk Intan is my hometown. Banyak tempat menarik & makanan best sebenarnya. So baru-baru ni aku ada balik sebab ada cuti panjang. Untuk entry kali ni, nak share sikit pasal popia ronda Teluk Intan ni.

Popia ronda ni wife aku yang suka. sebab dulu aku penah belikan, sedap katanya. Yang paling best sekali sebab murah. Seringgit 4 ketul, mano nak dapek kat tompat lain? aku ingat lagi masa aku beli dulu ada sorang perempuan cina ni dia nak rasa je popia tu, so dia nak beli satu. Abang yang jual tu cakap ambik la dua 50 sen je dik....haha kalau aku pun tak gamak nak beli satu 25 sen je...

Tapi popia ni sebab nama dia ronda so susah la nak jumpa sebab dia meronda naik motor. Aku pun tak tau mana port tetap dia. So kalau jumpa tu kira nasib je la. Cuma kali ni nasib baik sebab jumpa abang tu kat menara condong tu, betul -betul dekat tepi gerbang malam tu. Beratur jugak la nak menunggunya.
Ramai jugakkan? kalau beratur ikut barisan lagi panjang ni...haha
Lokasi ni kat gerbang malam dekat depan menara condong

Abang ni jual popia ni naik motor ex5 je dari dulu. Bagi aku memang sedap la tambah pulak harga murah macam tu...beli 2 ringgit da dapat 8 ketul. Saiz pun sama je macam popia lain yang seangkatan dengannya. Bila ada orang nak baru dia buat. Laju jugak dia buat & tak kedekut isi. Di sebabkan masa aku pergi ni malam minggu, ramai la orang. Masa aku beratur tu sebenarnya abang tu cakap da nak abis...nasib baik dapat jugak kat aku...ada beberapa orang makcik yang datang kemudian tu terpaksa merelakan penjualan popia tu kat kiteorang yang tengah beratur ni...maaf ye makcik....

Laju jugak abang ni buat popia tu
Lepas beli popia tu aku pun jalan-jalan kat pasar malam tu topup makanan lagi. Lepas tu aku pergi makan dekat dataran menara condong. Ramai juga orang masa ni bawak family main belon buih tu. Kebetulan pulak malam ni ada busking. So boleh la menikmati makanan ni sambil dengar lagu...

Layan popia ni kat dataran menara condong
Mercu tanda Teluk Intan. Malam minggu memang meriah.

Sapa-sapa yang nak try popia ni kena selalu meronda Bandar Teluk Intan la. Kalau nasib baik jumpa la abang ni. Kalau nasib kurang baik maybe jumpa tapi dah habis ataupun tak jumpa langsung. Tapi kalau nak beli tu tak payah la mintak murah. Dah murah macam tu pun nak murah lagi ke? Support our small entreprenuers, they also have family to feed.... :)

Sumber : Google Image

Sekian.....
p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.









Comments

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar