Menarik Di Selama : Sungai Atas Sungai, Telaga Gergasi & Kota Raja Bersiong
Dahsyat kan tajuk entry kali ni...hahaha...Kali ni nak share sikit pasal beberapa tempat yang tersembunyi kat Selama, Perak ni. Selama ni pekan kecik je, bukan tempat pelancongan pun. Tapi aku tengok ada usaha dari pihak Majlis Daerah Selama nak naikkan beberapa tempat tarikan area sini. Harap tak separuh jalan & semoga berjaya aku ucapkan. Aku saja je explore Selama ni, best jugak ride santai jalan kampung sambil tengok view gunung-ganang ni....
SUNGAI ATAS SUNGAI.
Tempat ni dekat area Kampung Bagan Baharu. Kalau dari highway exit Alor Pongsu, akan jumpa Pekan Kubu Gajah. Nanti nampak la signboard, menghala ke Grik. Terus je nanti nampak la signboard tempat ni. Tapi jalan dia kecik je,tak sesuai naik kereta. Kalau naik motor ok. Nasib aku naik motor adventure ni...memang layan la..huhu...
Kat simpang 4 Kubu Gajah akan nampak signboard ni.... |
Dwi-fungsi : Jambatan & sungai yang mengalir |
Kat bawah jambatan tu sungai jugak...sebab tu namanya sungai atas sungai |
1936...kira old school jugak jambatan nih.... |
TELAGA GERGASI
Tempat ni bersambung dengan sungai atas sungai tadi. Lorong nak masuk pun sebelah-menyebelah je. Tapi jauh juga nak masuk lebih kurang 1.5km juga dari jalan besar. Sama jugak jalan dia pun kecik, naik motor jugak yang senang. Tempat ni pun British yang buat. Dulu tempat ni jadi tempat diorang nak pilih & kumpul bijih timah. Tu la dia alirkan bijih timah tu dari sungai tadi sampai sini. Berdasarkan penyiasatan aku menginterview orang kampung sini, diorang kata dulu ada kepala kereta api kat sini. Tapi masa tu maybe orang pun tak ambik port sangat benda-benda sejarah ni, so diorang dah leraikan pastu jual timbang kilo. Kalau majlis daerah ada modal, maybe boleh buat balik replika atau letak ilustrasi suasana British kumpul bijih timah dulu. Bagus kan idea aku ni?? Tapi idea rakyat marhaen macam aku ni sapa nak dengar...hahaha...Orang kata kedalaman telaga ni 15 meter, orang kata la,bukan aku. Lepas tu air sungai ni pulak mengalir terus ke tasik Bukit Merah. Ala yang Bukit Merah Lake Town Resort tu la.
Lorongnya sebelah-menyebelah je.... |
Tu dia telaga gergasi tu...air dari sungai atas sungai tadi mengalir ke sini la...dulu British kumpul bijih timah kat sini... |
Air dari telaga tu mengalir ke sini & sampai ke Tasik Bukit Merah kat daerah Kerian..... |
KOTA RAJA BERSIONG
Ni satu lagi tempat, area Kampung Redang Panjang. Depan lagi dari dua lokasi tadi, ikut jalan menghala ke Grik. Tempat ni memang tersorok, atas bukit belakang rumah orang. Kalau takde signboard ni memang tak jumpa tempat ni. Atas bukit ni ada satu timbunan batu besar. Tempat ni dikatakan pernah jadi tempat persembunyian Raja Bersiong dari Kedah. Dia lari waktu kena serang dengan kerajaan Siam. Tak sure dia ni ke raja yang suka minum darah macam dalam cerita melayu klasik tu, tapi kalau betul cerita minum darah tu mesti bukan sebab dia ni peminat tegar black metal....hahahaha(apa aku mengarut nih??) Orang kampung sini kata dulu kat tepi bukit ni ada anak sungai kecik, maybe sebab tu Raja Bersiong tu menyorok kat sini. Memang kat tengah batu tu macam ada ruang kecik untuk menyorok, lepas tu batu bahagian atas tu nampak la macam diletakkan untuk cover ruang bawah tu. Cuma aku tengok takde apa-apa yang melambangkan Raja Bersiong tu pun. Maybe cerita dia menyorok kat sini tu betul, tapi cerita tu turun secara lisan je dari zaman dulu. Atau pun diorang dah jual timbang kilo jugak artifak yang ada dulu...hahaha...
Signboard Kota Raja Bersiong.. kalau takde ni memang tak jumpa la tempat ni... |
Kena masuk kebun sawit sikit...batu tu atas bukit... |
Dinding batu ni nampak rata...tapi takde apa-apa yang melambangkan Raja Bersiong tu pun... |
Batu bahagian atas jadi macam bumbung...tak pasti kedudukan ni semula jadi atau memang diletakkan macam tu.. |
Ada ruang kosong kat tengah...maybe sini la tempat Raja Bersiong tu menyorok dulu.... |
Aku rasa tempat-tempat ni kalau nak feymes lagi, pihak berwajib kena upgrade lagi supaya ada daya tarikan. Atleast cantikkan kawasan sekitar, elokkan jalan & paling kurang letak satu story board pasal sejarah tempat ni. Baru la ada feel nak flashback tu. Paling koman orang yang minat sejarah boleh datang sini. Aku tanya member aku yang duduk area Selama pun tak penah pegi, aku pulak yang explore...haha...By the way, ni la sikit pengalaman aku tengok tempat-tempat ni. Yang paling bestnya ride area sini sejuk & menyegarkan. Layan corner sikit-sikit boleh la, nak leper sangat tak boleh dah sebab naik touring..huhu
Sekian.
#thisisselama
#akuinginkembaralagi
p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Comments
Post a Comment