Ayam Goreng Pedas Ala Korea : Milo Viral Parit Buntar

Assalamualaikum..

Untuk entry kali ni aku masih dalam Malaysia, walaupun gaya tajuk macam internasional...hehe..Port makan kali ni ialah kat Titi Serong, Parit Buntar. Cafe ni namanya Milo Viral Parit Buntar. Alamatnya No 40, Jln Aman 1, Taman Desa Aman, 34200 Parit Buntar. Aku cari guna waze tak jumpa, so aku waze Taman Desa Aman je. Dah sampai tu aku cari je lah rumah no 40.

Ni la cafe tu, kecik je niaga pun kat porch rumah je.
Cafe ni kecik je sebenarnya, owner ni niaga pun dalam kawasan rumah je. Tapi walaupun kecik tapi menu dia boleh tahan banyak. Ada lebih kurang 50 menu kat sini. Ha dahsyat tu kan. Dan kat sini juga ada delivery tapi untuk kawasan sekitar je lah.

Cafe ni takde deco-deco..meja pun tak banyak sangat..
Macammana aku jumpa kedai ni? Wife aku tengok kawan dia makan kat sini, tu la dapat tau tu.hahaha.. So apakah menu yang kiteorang order? Kalau tengok senarai tu macam nak order semua je sebab semua macam sedap je. So akhirnya kiteorang order Lara Chicken Chop Black Pepper Mushroom, Meatball Cheezy Cheese, Chicken Wing Spicy Cheezy dan juga Gula Melaka 3 Layer Avocado. Dari segi presentation dia boleh tahan jugak la. Tapi rasa dia macam mana?


Ni menu dia..banyakkan? klik untuk imej yang lebih besar
Dari empat menu ni yang aku paling suka ialah chicken wing yang aku order tu la. Wife aku kata tu ayam ala-ala korea. Aku tak pernah makan tapi aku suka la. Rasa dia ada pedas-pedas manis pastu creamy sikit sebab ada sos cheese tu. Rasa gorengan tepung salutan dia biasa je, tapi masuk la dengan sos pedas manis tu. Untuk chicken cop bagi aku biasa je, kuah dia pun tak pekat sangat rasa black pepper dia. Tapi tepung salutan ayam tu sama dengan chicken wing tadi. Untuk harga RM8.00, puas hati jugak la sebab ada 2 slice ayam. Untuk meatball pulak, aku rasa macam ada sedikit kekurangan dari segi rasa daging tusebab rasa dia sangat plain. Tak taulah ni home made atau beli yang frozen punya, tapi secara jujur bagi aku meatball jenama Tesco tu lagi sedap. Makan tanpa sos pun dah sedap sebab rasa daging dia sangat kuat. Maybe yang kat sini ni meatball dia kurang daging kot?? Yang buat berperisa sikit tu sebab ada sos cheese je. Harap owner boleh improve lagi lah. Last sekali air avocado tu bagi aku rasa gula melaka tu terlalu kuat dan menghilangkan rasa avokado tu. Sebab rasanya jadi macam cendol. Atau mungkin juga avokado tu sikit ke aku tak taulah. Tapi kalau aku nak datang lagi maybe aku tak order dah la air avokado dengan meatball tu.


ni la ayam ala-ala korea tu..sedap jugak chicken wing ni


Ni menu yang kiteorang order..
Nama kedai ni Milo Viral, kenapa aku tak order ais kepal milo? Sebab aku rasa benda tu dah common sangat la. Tak susah pun nak cari kat kampung aku pun ramai orang jual dah...tu la cuba menu lain.hehe..

So bagi aku cafe ni ok la cuma sempit sikit. Kalau nak datang bawak kaum kerabat tu maybe kurang selesa kot. Sebab owner niaga kat beranda rumah je. Masa aku datang tu nak penuh jugak meja, nasib ada meja kosong.  Tapi aku respek jugak kat owner, sebab walaupun cafe kecik depan rumah, tapi menu dia tahap cafe hipster yang penuh dengan deco-deco. Maybe owner tengah kumpul modal kot untuk besarkan lagi perniagaan. Aku doakan semoga owner berjaya kembangkan lagi perniagaan sambil mengekalkan harga....hehehe Nak lebih info lagi boleh cari kat FB, taip Milo Viral Parit Buntar.


Sekian.

#ayamkorea
#akuinginkembaralagi

p/s: Diharap para pembaca dapat klik iklan yang dipaparkan sebagai tanda sokongan kepada penulisan blog ini. Terima kasih.
Aku juga baru buat channel di Youtube pada Julai 2020. Harap para pembaca boleh bantu dan support aku dengan klik butang like dan subscribe channel aku tu. Search Akmal Adli di youtube atau klik di sini
Terima kasih sekali lagi.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Travel Ke Hat Yai : 3 Hari 2 Malam

Nasi Kandar Deen Maju Jelutong

Laksa Lubuk Kuala Kangsar