Posts

Showing posts from July, 2019

Boba Milk Yang Halal : Secret Recipe Boba Series

Image
Assalamualaikum... Hai semua! 2019 ni tiba-tiba telah menjadi viral sejenis minuman yang ada boba ni. Aku rasa benda ni dah lama, dulu orang panggil bubbles. Cuma sekarang ni yang feymes perisa brown sugar tu. Di sebalik fenomena yang tak tahu lah sampai bila boleh bertahan ni, muncul pulak satu isu iaitu halal ke air ni? Sebab kebanyakan yang tengah up sekarang ni brand dari Taiwan macam Xin Fu Tang, The Alley, Tiger Sugar, JLD Dragon dan banyak lagi. Harga pulak boleh tahan lebih RM10.00. Aku sebagai penggemar rancangan food review kat Youtube pulak tengok ramai channel food review try minum. Makanya aku pun terjebak lah juga nak try...hahaha. Tapi yang aku try ni adalah boba yang konfem halal iaitu dari Secret Recipe. Ha diorang pun nak test market lah tu. Tapi setahu aku boba series dari SR ni takde kat semua store dia. Kalau nak tau kat mana yang ada boleh cek kat sini  klik di sini untuk senarai  . kalau kat luar SR tu ada signboard ni maknanya adalah jual tu Untuk boba

Menarik di Kuala Kangsar : Cendol Lempor

Image
Assalamualaikum.... Hai guys...rasa macam lama tak update blog, sebabnya adalah agak sibuk walaupun bukanlah kerja gaji juta-juta...hehe. Entry kali ni aku nak share pasal satu port makan cendol yang famous di area Kuala Kangsar iaitu Cendol Pulut Lempor. Lempor tu nama tempat ni tau bukannya lempor yang bermaksud baling tu..hahaha Kalau dari Kuala Kangsar hala ke Manong mesti nampak signboard ni Kedai ni bukan la betul-betul kat Kuala Kangsar, tapi kat Kampung Lempor Tengah, Manong. Ha kena menghala ke Manong la baru jumpa kedai ni. Kedai ni tepi jalan je so tak susah nak cari. Kat sini menu dia tak banyak, ada beberapa jenis cendol, beberapa jenis air, nasi ayam, mee, bihun, laksa & soto. Dia macam ala-ala warung la. Ni antara menu yang ada kat sini Waktu operasi kedai ni buka tiap hari kecuali jumaat. Mula buka pukul 11.00 pagi sampai 6.30 petang. So memang sesuai lah kalau nak pekena time panas terik kan..Tapi kat sini redup sebab dikelilingi pokok. Pastu kalau ad